usrati

usrati
uhibbu antum wa antunna....abah ...emak...ena...aqim...ujai...dan naim

Monday, August 24, 2009

hmmm

YA Allah suadah masuk bulan RAmadan..
sangka seh.cepatnyer mase berlalu.wuish tahun depan dah nak spm...weh AIMI NABILAH BINTI SUKOR! bile lah ko nak sedar nih? kate nk jadi doktor mne leh memain lagi?cube lah blaja...hisyh2.ape lao nk jadi dgn ko nih.kate nk jadi doktor tapi usahanyer mane.x nmpak pon ko igt nk jadi doktor ni senang ker?susah tau!nmpakmyer ko masih blum ade kesedaran daaaa.haiya ape nk buat dgn diri aq nih ea?bagi penampar?aq jgak yg rase sakit nnti hehehe.

YA ALLAH kenapa aq asyik teringatkan si dia ?sepatutnyer aq lbih mengingatimu berbanding si dia.dia x de ape2 ikatan pon dgn aq.aq rase berdose sbb timbulkan fitnah ini.btul sbdaan RASULLAH ' fitnah yang pling besar pada akhir zaman ialah wanita '
aq x nk jadi mcm tuh.entah2 aq jer yg berpearsaan mcm nih.waduh2 pusing kepala klo pkir psl bnda2 nih.baik x yah pkir kan?btul x?klu ade jodoh ade lar.klo xde just accept it sbg takdir tol x?haiya AIMI NABILAH BINTI SUKOR!umoq bru berape taun?dah nk menggatal...tapikan aq salau tertanyer mne die dpt email aq?seingat aq lar die yg add aq dlu.so ini bukan bermakne aq gatal.dah lah forget it buat po igtkan bnde nih
(^_^)



YA ALLAH
kenapa aq rasa bulan Ramadan taun nih hmbar?maybe aq byk dose...maybe ati dah hitam .dek kerana terlalu taksub dgn cinta dunia yg aq pon x taupenghujungnyer .hmmm.Insya -ALLAH aq akn cbe untuk memparbyakkan ibadah aq dalam bulan yg pnuh dgn barakah nih.bilan yg pnuh dgn kenikmatan.aq x mau terlepas mcm 2 jer.aq nk rebut gak byk pahal dalam bulan nih.mne bleh org lain dapt lebih aq x dapat plak?tapi klo aq nk dpt pahala yg byk2 aq kene byk lor buat pahala.btol x?hehhe.cakap jer tau tapi buat kekadang.ape lah aq nih,huhuhu.

Monday, August 3, 2009

Ya Allah sucikanlah hatiku...

Aku selalu tertenya pada diriku.ape yg aku nak disebalik memberi kate2 hikamh pada kengkawan...pada sahabat...dalam blog...my group....ape niat aq?ape tujuan aq tutup aurat?...pakai tudung labuh?...

supaya dihormati?

supaya disanjungi?

supaya org pk yg aku org berilmu dan alim(ilmu dgn alim tu bkn same ker?)hehehe

supaya org pndang aku nih sorng yg baik...hatinyer luhur?


Dan banyak lagi ar ...ape tujuan aku buat sume 2...aku teringat satu kisah dalam kubur...satu kisah yang benar...bukan rekaan...bukan cobaan...

Kisah ni agak popular lah gak...kisah syuhada'...qari...dan dermawan...Allah tanya pada syuhada' "ape yg engkau lakukan ketika engkau hidup?""aku berjuang dijalan-MU ya Allah"hamba itu jawab"kau bohong.kau dusta.kau buat begitu sbb semate2 nk org kate ko ni syuhada'"jawab hamba itu.lalu hamba itu di heret ke dalam api neraka dlm keadaan terlangkup mukanyer ke dalan api neraka.(nau'zubillah).Allah tanyer plak pada qari.Ape yang engkau buat sewaktu kau hidup?jawab hamba itu"aku menghafaz kalam2Mu ya Allah"Allah kata"kau dusta ...kau bohong...kau buat macam tu supaya orang kata kau ni seorg qari "Lalu hamba itu pon diheret dgn keadaan muke terlangkup ke dalam neraka.Allah tanyer kepada dermawan pula ape yg die buat sewk2 die hidup?hambe itu pon jawab"aku keluarkan hartaku untuk diberikan kpd n=mereka yg memerlukan"Allah kata "kau bohong...kau dusta...kau buat mcm tu supaya org kata kau baik hati...dermawan"lalu hamba itu pon diheret dalam keadaan muka terlangkup dan dimasukkan ke dalanm api neraka"

hadis Rasullah s.a.w ade menagtekan:

Maksudnya: “Bahwa yang sangat aku takutkan menimpa ke atas kamu ialah ‘asy-syirkul ashghar’(perbuatan menyegutukan ALLAH SWT secara kecil), ditanya oleh Sabahat, apa dia ‘asy-syirkul ashghar’ itu? Jawab Rasulullah SAW: “Ia adalah riya’”, pada hari kiamat apabila ALLAH SWT membalas akan amalan sekalian hambaNYA, maka IA berfirman kepada orang yang riya’: “Pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjukkan amalan kamu itu(kamu riya’ kepada mereka) maka kamu lihatlah, adakah kamu mendapat daripada mereka pahala sebagai balasan amalan kamu itu?




Ya Allah janganlah engkau pesongkan hati kami sesudah engkau beri rahmat kepada kami.kurniakan limpahan rahmat dari sisi-MU...AMIN YARABBAL A'ALMIN

Saturday, August 1, 2009

Misteri DaN heBatnyer makne CAntik

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

JAZAKALLAH/JAZAKILL AH...

Allahu Akbar

Allahu Akbar
Ya Allah kerdilnya diriku ini